Thursday, August 23, 2007

Kriteria-kriteria Bagi Seorang Pemberi Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas merupakan satu kemahiran yang berasaskan pengetahuan, pengalaman, dan latihan. Justeru, kita seharusnya memahami konsep-konsep yang diajar dalam kemahiran tersebut dan menggunakannya dengan bijaksana. Di bawah adalah kriteria-kriteria yang perlu ada dalam seorang pemberi pertolongan cemas semasa dia memberi rawatan.
  • menilai keadaan di sekeliling adalah selamat dengan hati yang tenang serta pantas dan kemudian meminta bantuan yang sewajarnya.
  • mengenal pasti seboleh mungkin kecederaan pada mangsa itu.
  • memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa itu serta memberi penerangan yang diberi kepada mangsa itu walaupun dia sedar atau pengsan.
  • memastikan mangsa itu dihantar ke hospital untuk rawatan yang selanjutnya oleh pakar medik.

Friday, August 17, 2007

Apakah itu Pertolongan Cemas?

Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang mangsa dalam sebarang kemalangan sebelum ketibaan ambulans atau pakar medik.

Sebelum ketibaan pakar medik, orang yang memberi pertolongan cemas hendaklah
  1. menyelamatkan nyawa,
  2. mengehadkan kesan-kesan kecederaan dan
  3. menggalakkan pemulihan.

Thursday, August 16, 2007

Welcome To The First Aid Section

This is the new section for the members of St John Ambulance to learn more about first aid. The SJAStampin team will update this website once a week so stay tune for more updates !!!