Thursday, August 23, 2007

Kriteria-kriteria Bagi Seorang Pemberi Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas merupakan satu kemahiran yang berasaskan pengetahuan, pengalaman, dan latihan. Justeru, kita seharusnya memahami konsep-konsep yang diajar dalam kemahiran tersebut dan menggunakannya dengan bijaksana. Di bawah adalah kriteria-kriteria yang perlu ada dalam seorang pemberi pertolongan cemas semasa dia memberi rawatan.
  • menilai keadaan di sekeliling adalah selamat dengan hati yang tenang serta pantas dan kemudian meminta bantuan yang sewajarnya.
  • mengenal pasti seboleh mungkin kecederaan pada mangsa itu.
  • memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa itu serta memberi penerangan yang diberi kepada mangsa itu walaupun dia sedar atau pengsan.
  • memastikan mangsa itu dihantar ke hospital untuk rawatan yang selanjutnya oleh pakar medik.